klik Iklan

Jamboree On The Air-(JotaJoti)

salam pengakap, SALAM JOTA JOTI
APA ITU JOTI

Jambori Pengakap Di Internet Sedunia (JOTI) merupakan satu perjumpaan antarabangsa Pengakap di Internet yang diadakan setiap tahun pada hujung minggu ketiga bulan Oktober. Program ini adalah acara rasmi Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia.

Sepanjang hujung minggu tersebut, beribu ahli Pengakap dari seluruh dunia berjumpa dan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui Internet, dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, dari web browser ke e-mel, program chat, mikrofon, scanner dan kamera digital. Kumpulan Pengakap boleh menggabungkan Jambori ini dengan Jambori Di Udara (JOTA), satu Jambori dimana ahli Pengakap boleh berkomunikasi di antara satu sama lain melalui frekuensi radio amatur dengan bantuan krew radio amatur tempatan.

Kebanyakkan komunikasi mengambil tempat melalui E-mel dan di rangkaian chat yang dipanggil IRC (Internet Relay Chat). JOTI membolehkan anda membina persaudaraan dengan ahli Pengakap di negara lain dan untuk mengetahui lebih lanjut berhubung dengan kehidupan sivil dan pengakapan mereka. Sering kali, hubungan ini berkekalan untuk bertahun-tahun dan membina tapak for lawatan berkumpulan dan sebagainya.

Sejak 1996, JOTI merupakan acara rasmi WOSM dan telah mempunyai satu tempat tetap dalam Laman Web Biro Pengakap Sedunia. Untuk mendapatkan teks penuh Memorandum Biro Pengakap Sedunia berhubung dengan edisi JOTI (2012) tahun ini,klik sini.

Sekiranya kami telah menarik minat anda, dapatkan beberapa cadangan dalam laman web kami dan sertailah JOTI tahun ini.




BAGAIMANA INGIN MENYERTAI JOTA JOTI

kami ada caranya;

Sertailah! Dan berjumpa dengan kami ...

Sungguh senang saja untuk menyertai JOTI. Apa yang anda perlukan adalah sebuah atau lebih komputer, sebuah modem, dan talian telefon. Software yang sekurang-kurangnya anda perlukan adalah:


Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menambah pengalaman JOTI anda. Semak dengan kawan anda apa yang kawan anda dan anda ada di tangan. Disini terdapat beberapa idea:

  • Gunakan sebuah fax untuk mengirim kad ucapan tulisan-tangan kepada kumpulan lain

  • Gunakan sebuah scanner untuk scan gambar-gambar dan logo kumpulan pengakap anda dan tempat/kawasan yang anda tinggal.

  • Sambungkan sebuah mikrofon ke sound card komputer anda dan bercakap dengan orang lain dengan menggunakan sebuah program chat kebolehan-suara seperti vIRC atau dengan menyertai eGroups Chat kami.

  • Minta bantuan kelab radio amatur tempatan untuk menolong bercakap atau menggunakan morse dengan kumpulan lain dari seluruh dunia melalui gelombang radio dan TV.

  • Pinjamkan sebuah kamera digital dan ambil gambar para peserta.

  • Gunakan sebuah webcam untuk pos gambar lokasi anda dalam web ketika JOTI.

Pautan berikut boleh membantu anda untuk memulakan stesyen JOTI anda. Bantuan yang lebih lanjut boleh didapati dalamSeksyen Bantuan laman web ini:



BAGAIMANA NK JOIN JATA JOTI ONLINE????

Webchats untuk JOTI

Sekiranya anda tidak mempunyai akses menggunakan irc (contoh; sekiranya anda tidak dibenarkan untuk install software dalam komputer di Universiti), anda boleh menyertai JOTI di sini dengan mengikuti salah satu pautan ke webchat di bawah.

Walau bagamimanapun, kami menggalakkan bahawa sekiranya anda boleh install irc, sila berbuat demikian. IRC adalah lebih berguna dan terdapat banyak kemudahan daripada webchat kami yang mudah. Anda boleh download klien yang berbezadari sini.

Sila baca dokumen berikut sebelum anda memulakan:


Pautan ini akan membawa anda terus ke chat

SUMBER DARI: http://www.joti.org/ms/index.html